مقدمة

Friday

ASAL-USUL KHAT

•Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa
Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau
tulisan ).
•Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan
atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al-
kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ).
•Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang
memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi
tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris,
bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang
tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah
dan bagaimana mengubahnya.
•Yaqut al-Musta’simi
kaligrafi adalah sesuatu yang lahir
dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi
sesuatu yang dapat dilihat.
• Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul
khat. Antaranya ialah:

- khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia.
Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada
Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini.

- Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al- Munzir di Herat

- Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat
dan akhirnya ke Hijaz.

- Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba.

- Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan
Nabat (Aramai).
•Kebanyakan ahli sejarah bersetuju
dengan pendapat terakhir, iaitu khat
berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz
melalui dua jalan:
-Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke
Madinah dan Mekah.
- Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah
Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah,
Mekah dan Taif.
Khat Islam
Zaman Rasulullah
•Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang
betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin
bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang
penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan
dengan kedatangan Islam.
•Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu.
•Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w
yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),
maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci
yang sehingga kini masih kukuh terpelihara.
•Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering
mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan
memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan
mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam
seba
gai salah satu keperluan asas.
•Nabi memerintahkan para sahabat merakam
maklumat-maklumat dengan tulisan dan
mewasiatkan mereka memelihara tulisan
tersebut.
•Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-
anak mereka membaca dan menulis.
•Mengarah tawanan Perang Badar supaya
mengajar anak-anak Ansar membaca dan
menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.
•Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab
latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk
ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat
yang telah mahir dalam 
kemahiran menulis.
•Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir
dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang
mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah
semasa di Madinah.
•Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada
Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa
tersebut.
•Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis
dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu
seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang
diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi.
•Terdapat juga di kalangan para sahabat yang
mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar
dalam tulisan-tulisannya.
•Selain itu, Baginda juga menekankan tentang
soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-
bagai itu.
•Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf
ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk
huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang
dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera
mengilhamkan para penulis khat berusaha
melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf
dalam bahasa arab.
•Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis
khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin
Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq,
Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`,
Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian,
Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab
dan ramai lagi.
•Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal
semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai
penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid
Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan
beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu
Allah SWT.
•Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai
penulis surat kepada Baginda SAW, manakala
Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang
berlaku antara mana-mana pihak dengan
Rasulullah SAW.
•Muawiyah pula menjadi penulis selepas
pembukaan Mekah, termasuk juga menulis
wahyu atas arahan Rasulullah SAW
Zaman
Khulafa’ al-Rasyidin
•Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa’ al-
Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya
penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama,
pentadbiran dan muamalat harian.
•Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti
halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan
ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis
di atas lembaran-lembaran yang sejenis.
•Apabila para penghafiz al-Quran semakin
berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan
dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai
tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil
lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit
yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar
r.a.
•Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul
Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al-
Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham
supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke
segenap pelosok negara.
•Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu
naskhah untuk simpanannya.
•Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau
juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke
Makkah, Yaman dan Bahrain.
•Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah
itu seorang qari sebagai guru.
•Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit
dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak
mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak
mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang
membezakan di antara ayat-ayat dalam 
setiap juzuk dan sebagainya.
•Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan,
penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai
tanda baca.
•Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli
bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w.
69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik
diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib
•Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga
merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab
apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin
bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah
pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al-
Karim
•Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting.
Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al-
Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan
kaedah yang diasaskannya sendiri
•Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas
huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di
bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik
di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua
titik untuk menunjukkan baris dua.
•Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan Arab.
•Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk
menghilangkan kesamaran dalam tulisan
merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar
tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al-
Quran
•Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi
menunjukkan baris adalah berbentuk bulat.
•Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan
yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik-
titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk
membezakannya daripada matan-matan.
•Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang
diletakkan menyebabkan percampuran, maka
simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk
garisan-garisan nipis yang condong dari kanan
ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih
luas penggunaannya.
•Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana
ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf.
•Pada zaman Umawi, pelbagai jenis penulisan Khat
telah muncul, antara yang muncul adalah Khat Shami,
muncul dari Bandar Syam, dan juga Damsyik yang
menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawi.
•Selain daripada yang telah diwarisi dari zaman
sebelumnya seperti Kufi, Madani dan
sebagainya.dikatakan pada zaman Umawi, seorang
individu yang jarang disebut namanya merupakan
pelopor kepada khat Arab iaitu Qutbah.
•Beliau adalah penghubung kepada penulis khat
selepas daripadanya. Qutbah dikatakan menggunakan
4 kaedah penulisan iaitu Jalil, Thumar, Sulul, dan Nisf.
Akan tetapi, kaedah penulisan oleh Qutbah tidak
sampai ke hari ini, yang ada hanyalah penulisan
Thumar yang digunakan pemerintah, seperti yang
digunakan oleh Muawiyah.
•Selain daripada Qutbah, penulis selepas beliau
antara lainnya adalah Malik Bin Dinar yang
meninggal pada 130 H menggunakan batu bata
sebagai pena untuk menulis Mashaf.
•Antara lainnya, Khalid Bin Abi Haiyaj menulis ayat Quran, Syair dan lain-lain menggunakan warna emas. Pada zaman ini, perkembangan penulisan khat berlaku ke serata tempat.
•Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661-
750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap
khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit.
Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan
terhadap penulisan khat dengan gayanya yang
tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar,
Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan.

• Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga
kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa
telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi
tempat tulisan. Pada zaman ini, antara
penambahannya adalah ;

- Penulisan dilakukan di atas kertas, disebut Qaratis
dalam Bahasa Arab. Bahan kertas ini diperbuat dari
Bardi iaitu sejenis tumbuhan yang terdapat di Mesir.
Perkembangannya sehinggalah ke Rum, Baghdad dan
Mesir.

- Selain itu, pada era Umawi penggunaan Qimash Al-
Harir telah mula digunakan juga, iaitu Kain Sutera turut
menjadi bahan untuk menulis. Antaranya adalah Umar
bin Abi Rabia`h pernah menggunakannya untuk
menulis surat.
•Pada masa ini juga dikembangkan lagi gaya-
gaya baru dan pengubahsuaian bentuk-bentuk
lama yang menghasilkan khat-khat Khafif Sulus,
Khafif Sulusain, Riyasi dan al-Aqlam as-Sittah
( Sulus, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riqah dan
Tauqi’ ).
•Tokoh terkemuka pada zaman ini ialah al-Ahwal,
Ibnu Muqlah, Ibnu Bawwab dan Yaqut al-
Musta’simi.
•Melalui penciptaan Ibnu Muqlah, khat-khat
direka dengan bentuk yang geometris.
•Ciptaan Ibnu Muqlah ini dinamakan al-Khat al-
Mansub yang diukur mengikut nipis tebal,
panjang pendek serta lengkung goresan secara
pasti sehingga menghasilkan bentuk anatomi
yang seimbang.


No comments:

Post a Comment